My engagement day
Okay hari ni Yana nak throwback to my engagement ceremony which was held 2 years ago. Rasa macam baru je tunang, baru je kahwin, rupanya dah 2 tahun dah :') Untuk majlis pertunangan ni, Yana cuma raikan dengan family, family belah tunang and close friends je.
Sebelum tu, ni antara benda asas yang korang kena tahu untuk plan majlis tunang :
PART 1
1. Duit Hantaran
Some family discuss duit hantaran masa merisik, jadi tak perlu discuss masa tunang dah. Dalam majlis tunang ni biasanya ramai pakcik makcik yang ada, jadi mungkin susah untuk discuss masa majlis tunang. Macam Yana, Yana discuss sendiri dengan family then bagitahu dekat tunang sebelum tu. So antara Yana dengan tunang dan family dia sahaja yang tahu.
2. Hantaran
Untuk hantaran, biasanya pihak perempuan akan bagi lebih sebab pihak lelaki adalah tetamu. Macam Yana, Yana bagi 7 dulang dibalas dengan 5 dulang. Barang2 untuk hantaran tunang biasanya lebih kepada makanan macam cake, chocolate, buah-buahan, accessories, sejadah etc. Dulang + gubahan Yana sewa dengan kawan je. RM20 per dulang.
3. Cincin
Cincin ni terpulang dekat masing2 sama ada nak beli cincin belah rotan atau cincin batu. Kalau nak jimat boleh beli cincin belah rotan dulu. Tapi Yana plan untuk guna cincin yang sama masa kahwin nanti, jadi tunang belikan Yana cincin batu. Kahwin nanti tak payah buang duit beli cincin dah. Boleh jimat duit dekat benda lain sebab banyak lagi yang perlu prepare nanti.
4. Jamuan Makan
Untuk jamuan makan ni parents Yana yang handle, jadi Yana tak tahu sangat berapa kos. Parents ambil catering tak silap dalam 250-300 pax untuk family, family tunang, saudara mara, kawan2, dan jiran yg datang.
Okay, once dah settle plan 4 benda dekat atas tu, korang boleh lah start plan untuk mini pelamin, makeup, baju etc.
PART 2
1. Mini Pelamin
The reason Yana ambil mini pelamin ni sebab nak ada background untuk bergambar je. Bagi yang prefer untuk ada mini pelamin macam Yana, korang boleh survey mini pelamin dekat Instagram atau Facebook. Macam Yana, Yana cuma search #pelamintunang dekat Instagram je. Ada banyak sangat choice dengan harga yang berpatutan. Harga pelamin ni cuma RM 500.
2. Makeup
Untuk makeup, Yana prefer natural makeup. Makeup pun Yana search dekat instagram jugak. Alhamdulillah terjumpa @makeupbysyazwaniismail. Service and harga sangat berpatutan. RM 200-250 je untuk makeup tunang kalau tak silap.
Ni gambar close up after makeup
3. Baju Tunang
Baju tunang Yana beli online je dekat Minimalace. Harga still mampu milik macam baju raya korang je. Tudung from my favourite, Tudung People. Hand bouquet pulak order from kawan je.
4. Photographer
Bila dah ada pelamin, makeup dengan baju, of course lah nak ada gambar cantik2 kan. Photographer Yana amik from kawan Yana punya kawan. Harga dalam RM 250 je. Gambar dia ambil pun puas hati!
Feeling2 princess konon
Dulu fiance, sekarang husband <3
Best friends yang terlalu emo I dah tunang
Eh tertinggal lagi sorang. Siapa suruh balik awal :p
Family <3. Ayah and adik dah hilang. Yang budak kecik tu nangis nak ambil gambar tapi tak nak pandang camera :/
Fiance's family <3 (now my in-laws)
Hmm can I blend in with their craziness? (Still trying until today. Lol)
Tetamu-tetamu yang hadir
Tetamu-tetamu yang hadir
Okay before I end this, some of you might question perlu ke ada majlis2 tunang ni? To me, terpulang dekat masing2. For my family, bertunang ni perlu sebab at least dah ada ikatan yang melibatkan keluarga sebelum menuju ke ikatan yang sebenar, and dapat kenal dengan keluarga masing2. Plus, I wanted to share this moment with my family and close friends so a little majlis pertunangan wouldn't hurt, isn't it? Asalkan tidak terlalu berlebihan and membebankan orang lain.
Kalau some of you prefer majlis yang lebih simple, maybe boleh buat merisik sahaja which involves only your family and his family. After all, pilihan masing2 :)
Okay tu je lah kot nak cakap. Next, sis akan share pasal wedding pulak, insyaAllah.
nice sharing :)
ReplyDeletenice sharing sis... simple but nice 🥰
ReplyDeletedoa2kan saya juga ya,...
Saya punya tunang simple sgt. Takde pelamin, photogpher or katering. Jemputan pun cuma keluarga asa saya n tunang je
ReplyDelete