Wedding Dewan Seri Siantan Putrajaya Part 1

As mentioned, Yana nak share pasal wedding pulak. Untuk Part 1 ni, Yana nak share pasal preparation je dulu. Some of the things that you need to plan and prepare first would be:

1. Dewan
Paling penting sekali kena book dewan awal. Actually, Yana book dewan ni agak last minute jugak sebab terpaksa tukar tarikh. Nasib baik ada kosong tarikh tu. Kenapa Yana pilih dewan ni? Since wedding kami gabung pihak perempuan dan lelaki, so we need a hall with a big space and selesa for all the guests. Total jemputan kami 1500 orang. Plus, ada bilik untuk bersiap dengan toilet, surau, parking space semua ada.




Entrance dewan

Bahagian dalam dewan daripada entrance


 Pelamin

Meja makan beradab

Actually, kami cuma sewa half daripada dewan Sri Siantan. Sebab saiz dewan ni sangat besar kalau ambil sebuah dewan. Ada partition dalam dewan ni.

Total meja banquet yang kami ambil cuma 35 meja sahaja and tu pun dah cukup. Untuk dewan2 yg disewa di Perbadanan Putrajaya, semua meja dan kerusi perlu disewa dengan dewan sekali. Tak boleh pakai meja dan kerusi catering.  

Bagi harga dewan, kebetulan masa tu gst dah tak ada, jadi dapat harga yg lebih murah.
Harga dewan : RM 4770
Meja banquet 35 x RM 5 = RM 105
Kerusi 350 x RM 3 = 1050
Meja panjang 26 x RM 5 = 130
Total = RM 6055

2. Pakej kahwin

Untuk catering, pelamin, hiasan, dj, baju semua Yana ambil satu package dengan Afeer Kuala Lumpur. Masa tu promo pakej RM 16000 untuk 900 pax. Tapi tak semestinya kena follow exactly pakej tu. Boleh tambah atau tolak ikut keperluan and kesesuaian wedding masing2. Total after tambah tolak dalam RM 22k. 

The good thing pasal ambil all in one package ni, korang tak payah pening2 nak cari satu2. Semuanya dah complete. Plus, let's say korang prefer pilih your own makeup artist macam Yana, still boleh jugak. Cuma tolak daripada package tu je. Senang kan?

Tapi, make sure korang pilih pakej kahwin yang betul2 berpengalaman and banyak good reviews. Survey dulu, rasa makanan dia sendiri, don't rush. Jangan pilih sebab murah je tapi service tak okay. Choose wisely okay. Kalau dapat yg murah and service pun okay, alhamdulillah.

3. Kad kahwin
Kad kahwin pun Yana amik pakej jugak. RM 185 sahaja termasuk kad 300 pcs, sampul, banner, arrow, backdrop, e-card, tq tag, vip sticker etc. Berbaloi kan? Kad tak payah banyak2 pun tak apa, zaman sekarang kan boleh whatsapp je. Hehe. 

4. Photographer
Untuk gambar, I do not mind to spend more sebab of course lah nak gambar wedding kita cantik and cepat siap kan. Untuk photographer, total harga RM 1700 for pre-wed, nikah, reception, outdoor, 2 album (nikah & reception), 100+ edited pictures and usb drive softcopy. Bagi Yana, tu pun dah kira berbaloi.

5. Doorgift 
Yana amik bahulu dengan box sekali. Rm 1.70 per box. Box siap boleh custom design.

6. Makeup 
Untuk makeup Yana ambil dua makeup artist, one for nikah and one for reception. Makeup nikah Yana amik dgn makeup artist tunang dulu @makeupbysyazwaniismail sebab nikah nak natural2 je, harga RM 300 je. For reception, Yana nak makeup yg bold sikit, jadi Yana amik @makeupbynadianordin, harga RM 500.

Rasanya tu je lah kot untuk persiapan. Nanti Yana share Part 2 pulak to show you the result of all my preparation for the big day.

**Part 2 has been updated here 

Comments

Post a Comment